tajaan oleh

Jumaat, 10 Disember 2010

Senarai nama anak syaitan dan tugasnya

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 10 jenis anak
syaitan: 

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja
lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan
hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri
orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth:
disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini
tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari
kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari.

10. Isetan. ( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI ) Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing&.....Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat
kereta. 
Pesanan ;
> shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an
pulak.
> Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIHARAPKAN PEMBERI ULASAN DAN KOMEN AKAN MEMBERI ULASAN DAN KOMEN YANG MEMBINA DAN UNTUK MEMPERBAIKI BLOG SAYA INI.....